Dasar Privasi
Sembang.live menghargai privasi setiap pengguna. Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan cara kami mengumpul, menggunakan, dan melindungi maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam dasar ini.
1. Maklumat Yang Dikumpul
Kami mungkin mengumpul maklumat berikut apabila anda menggunakan laman kami:
-
Maklumat pendaftaran seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon, dan kata laluan.
-
Kandungan yang anda kongsi seperti status, komen, gambar, atau video.
-
Maklumat teknikal seperti alamat IP, lokasi, dan data peranti yang digunakan.
2. Cara Penggunaan Maklumat
Maklumat yang dikumpul digunakan untuk tujuan:
-
Memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna.
-
Memastikan keselamatan akaun anda.
-
Meningkatkan fungsi dan ciri laman sosial.
-
Menghantar notifikasi atau kemas kini penting berkaitan perkhidmatan kami.
3. Perkongsian Maklumat
Kami tidak akan menjual atau menyewakan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga. Namun, kami boleh berkongsi maklumat dalam keadaan tertentu seperti:
-
Apabila dikehendaki undang-undang.
-
Untuk melindungi hak dan keselamatan pengguna lain.
-
Dengan rakan kongsi perkhidmatan yang membantu mengendalikan laman kami (seperti penyedia hosting atau perkhidmatan emel).
4. Keselamatan Data
Kami menggunakan teknologi dan langkah keselamatan yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada akses tanpa kebenaran. Namun, tiada sistem yang 100% selamat, dan kami tidak dapat menjamin keselamatan sepenuhnya.
5. Hak Pengguna
Anda berhak untuk:
-
Mengemaskini atau memadam maklumat peribadi anda.
-
Mengawal tetapan privasi akaun anda.
-
Menutup akaun anda pada bila-bila masa.
6. Perubahan Polisi
Dasar Privasi ini boleh dikemaskini dari semasa ke semasa. Kami akan memaklumkan pengguna jika terdapat perubahan besar yang melibatkan data peribadi.